Sekolah Kebangsaan Kolombong

AGAMA ISLAM PDF Print E-mail
Written by Airul   
Saturday, 18 April 2009 23:07
CARTA ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TAKWIM PANITIA BAGI TAHUN 2009
PANITIA PENDIDIKAN  AGAMA  ISLAM
        SK. KOLOMBONG KOTA KINABALU

PENDAHULUAN
Pendidikan Agama Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal dan yakin  kepada Kitab Suci Al-Quran, serta tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan ketakwaan.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru  mata  pelajaran Pendidikan Agama Islam mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun.   Guru-guru Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan  lagi kecekapan dan keberkesanan  mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.
Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Islam berpeluang untuk  menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu.  Dengan wujudnya Panatia Pendidikan Agama Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

STRUKTUR DAN ORGANISASI
1.       Panitia Pendidikan Islam adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru
      yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan guru-guru beragama Islam.
2.      Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan  dilantik sebagai Ketua Panatia oleh Guru Besar.
3.    Ketua Panatia Pendidikan Agama Islam secara otomatik akan menjadi ahli-ahli  Jawatan    kuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panatia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panatia dengan Guru Besar.
4.      Keputusan-keputusan yang diambil oleh panatia  dalam  perjumpaan berhubung dengan
isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panatia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.
.  
TUJUAN PANATIA
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panatia Pendidikan Agama Islam bagi pencapaian matlamtnya :
1.      Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2.    Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif      
     supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
      Pembelajaran.
3.      Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada
     sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.
4.      Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panatia Pendidikan Agama Islam
     dengan Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.

OBJEKTIF
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
1.   Melahirkan seorang pelajar yang boleh membaca al-Quran, memahami, mengamali            
        dan   menghayati ajaran al-Quran.
2.        Seorang pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.
3.        Seorang yang dapat menunaikan sembahyang setiap waktu.
4.  Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam yang betul.
5.  Seorang pelajar yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam pergaulan dan
     perhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat.
 
6.   Seorang pelajar yang cemerlang dari segi pemikiran dan ilmunya.
7.       Seorang pelajar yang dapat membentuk diri sebagai insan yang soleh dan bertakwa.
8.   Seorang pelajar yang berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru kepada       kebaikan dan mencegah  kemungkaran serta membenci kepada kemungkaran.
9.       Seorang pelajar yang sentiasa bersyukur, kuat cita-cita dan sentiasa berfikir untuk
      kebaikan.
10. Seorang pelajar yang cintakan Allah dan Rasul.

SENARAI  TUGASAN
KETUA PANATIA
1.              Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam (HSP)  setiap tahun.
2.              Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.
3.              Menyediakan takwim panatia dan melaksanakan perancangannya.
4.              Membuat sasaran peratusan kelulusan.
5.              Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah    
                 berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.
6.              Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.
7.              Mempengerusikan mesyuarat panatia.
8.              Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.
9.              Membuat pemantauan dari masa ke semasa  atau bila diperlukan.
10.          Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar    
               serta prestasi panatia.
SETIAUSAHA   PANATIA
1.             Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
2.             Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.
3.             Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panatia sebaik
                selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.
4.             Menyelenggarakan fail-fail panatia,  surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
5.             Menghadiri mesyuarat bersama ketua panatia atau mewakili ketua panatia Agama Islam bila
                diperlukan
BENDAHARI PANATIA
1.             Mengendalikan kewangan panatia.
2.             Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panatia.
3.             Menyediakan penyata kewangan tahunan di akhir tahun.
4.             Melaporkan kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan.

AHLI -AHLI   PANATIA
1.              Menghadiri semua mesyuarat,  perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh panatia.
2.              Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panatia dan Persatuan      
                 Agama Islam.
3.              Menyediakan  perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah  diselaraskan oleh
      Panatia.
4.              Mengetahuai perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa ke semasa.
5.              Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panatia
      Sebelum menyediakan kertas soalan.
6.              Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing.
7.              Merekodkan merkah-markah ujian bulanan ,  ujian pertengahan semester  dan
     Peperiksaan.
8.              Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan   
                 dijalankan.
9.             Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.
10.           Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat  (sekolah, daerah,
    Bahagian atau negeri) bila diwajibkan.

PERANAN  PANATIA PENDIDIKAN ISLAM
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panatia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.
1.           Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli    
Panatia.
2.           Menyelaraskan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun.
3.     Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja untuk digunakan    oleh murid- 
        murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendah Huraian Sukatan Pelajaran dan     
        tahap kebolehan mereka.
4.     Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan
        yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran para guru dan murid untuk
        dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
5.         Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi tiap-tiap tahun serta
menubuhkan Bank Soalan.
6.         Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dan mengambil
           langkah –langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
7.         Mengadakan mesyuarat panatia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal
          dan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad hoc’ bila diperlukan.
8.         Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panatia (secara formal atau tidak
           for mal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang
           berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta
           mencari jalan penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.
9.         Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan dan menjalinkan hubungan
         kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
10.    Bekerja sama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panatia-
       panatia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
 
Last Updated on Wednesday, 09 September 2009 21:31
 
You are here  : Home KURIKULUM PANITIA Agama Islam